Tuesday, July 21, 2009

Ayah dan Ibu...

Assalamua'laikum...
Weekend br2 ni + cuti Isra' Mi'raj, Alhamdulillah aku berkesempatan pulang ke kampong halaman tercinta, bertemu ayahbonda yang amat2 berjasa dalam hidupku...Walaupun masih dalam kemeriahan musim buah durian(baru abis), rambutan, manggis, cempedak, dokong n langsat, tapi keseronokan dan kepuasan menatap wajah ayahbonda dan kesempatan duduk sembang2 ngan diorang amat berharga buat diriku...Merenung wajah tua mereka membuatkan aku terasa yg amat bahawa sesungguhnya baktiku pada mereka berdua masih terlalu sedikit di kala usia mereka yang semakin senja...Ayahku kini 77 tahun dan ibuku 72 tahun...Sebagai anak lelaki bongsu dan mmperolehi gaji pertama pada usia 26 tahun, bukan sahaja dari segi bakti dan kasih-sayang, ttapi dari segi wang ringgit pun aku hanya mampu mmberi dgn kadar yg xseberapa dgn apa yg telah mereka korbankan buatku selama ini...Namun begitu, doaku buat kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat x pernah aku lupa setiap kali solat 5 waktu dan aku amat2 berharap pada Allah Taa'la agar DIA menjadikanku anak yg soleh yang senantiasa berada dalam redho kedua ibu bapaku...kerana...REDHO ALLAH TAA'LA HANYA DATANG SELEPAS REDHO KEDUA IBU BAPA...YA ALLAH YA TUHANKU, AMPUNKANLAH DOSA2 KU DAN DOSA2 KEDUA IBU BAPAKU, DAN PELIHARALAH MEREKA BERDUA SEPERTIMANA MEREKA MEMELIHARAKU SEWAKTU AKU MASIH KECIL...AMIIN, YA RABBAL AA'LAMIIN...

No comments:

Post a Comment