Tuesday, July 28, 2009

Nikmat yang sering dilalaikan...

Assalamua'laikum...
Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran dipanjatkan ke Hadrat Allah S.W.T di atas nikmat ISLAM dan IMAN yang masih berkekalan hingga ke hari ini...
2-3 hari ni aku diuji dengan demam, sakit kepala dan sakit2 badan...risau jugak dgn simptm2 tu...maklumlah isu yg tengah panas sekarang ni mengenai penularan virus H1N1 yang semakin mengganas, hinggakan banyak IPT terpaksa ditutup buat sementara waktu...Petang Ahad pi klinik swasta kt jitra n Dr cakap demam biasa n dia bagi bbrapa jenis ubat...lega sket rasanya...tapi petang esoknya, demam n sakit badan datang balik sampai menggigil bila amik wudhuk...lepas telan ubat sekitar jam 5ptg, bdn semakin panas ><38C...Masa tu betul2 rasa nak pi hospital Kangar buat pemeriksaan lanjut...Alhamdulillah, dlm kol 6.30 badan dh mula peluh2 tanda kebah n berterusan sampai tido...Call mak ngn ayah aku semalam, diorang ckp maybe demam urat sebab banyak sangat mkn dokong...ada betoi jugak, sbb last week mmg aku pulun sungguh makan dokong yg aku bwk dr kampong...iktibar tu...member sepejabat, Hapiz, pun kena simptm yg sama, n semalam dia trus pegi spital kangar buat saringan, Alhamdulillah katanya bebas dari H1N1...pagi ni dia nmpak xbrapa sihat lagi tapi lebih baik dari semalam...
Berbalik kpd tajuk aku pg ni, bila berada dalam keadaan mcm ni(sakit/demam dsb), barulah tringat manisnya/bestnya/sronoknya masa kita sihat wala'fiat...nak buat apa, nak mkn apa semua boleh...tapi itulah manusia, jarang sekali mengambil pendekatan berpada2 atau sederhana, cthnya mcm aku lah, bila lidah n tekak rasa sedap mkn dokong, pulun x sangga sampai lupa kesannya(sebenaqnya aku xtau pun mkn dokong bleh sakit urat)...Biasanya dalam kehidupan seharian ada 2 nikmat zahiriah yg selalu kita abaikan atau lupa, iaitu NIKMAT MASA SIHAT SEBELUM DATANG MASA SAKIT DAN NIKMAT MASA LAPANG SEBELUM DATANG MASA SIBUK...ALLAHUAKBAR!Sesungguhnya Allah S.W.T telah mengingatkan semua itu di dalam kitab suci Al-QuranulKarim, tapi manusia terutamanya kita org Islam sering alpa dan lalai dengan kehidupan dunia yg bersifat sementara...Moga2 ujian sakit yg amat sedikit ini berbanding ujian2 para Nabi dan Rasul, akan menyedarkan aku dari kelalaian dunia seterusnya akan mendekatkan aku dengan Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam...Aamiin, Ya Rabbal A'lamiin...

Tuesday, July 21, 2009

Ayah dan Ibu...

Assalamua'laikum...
Weekend br2 ni + cuti Isra' Mi'raj, Alhamdulillah aku berkesempatan pulang ke kampong halaman tercinta, bertemu ayahbonda yang amat2 berjasa dalam hidupku...Walaupun masih dalam kemeriahan musim buah durian(baru abis), rambutan, manggis, cempedak, dokong n langsat, tapi keseronokan dan kepuasan menatap wajah ayahbonda dan kesempatan duduk sembang2 ngan diorang amat berharga buat diriku...Merenung wajah tua mereka membuatkan aku terasa yg amat bahawa sesungguhnya baktiku pada mereka berdua masih terlalu sedikit di kala usia mereka yang semakin senja...Ayahku kini 77 tahun dan ibuku 72 tahun...Sebagai anak lelaki bongsu dan mmperolehi gaji pertama pada usia 26 tahun, bukan sahaja dari segi bakti dan kasih-sayang, ttapi dari segi wang ringgit pun aku hanya mampu mmberi dgn kadar yg xseberapa dgn apa yg telah mereka korbankan buatku selama ini...Namun begitu, doaku buat kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat x pernah aku lupa setiap kali solat 5 waktu dan aku amat2 berharap pada Allah Taa'la agar DIA menjadikanku anak yg soleh yang senantiasa berada dalam redho kedua ibu bapaku...kerana...REDHO ALLAH TAA'LA HANYA DATANG SELEPAS REDHO KEDUA IBU BAPA...YA ALLAH YA TUHANKU, AMPUNKANLAH DOSA2 KU DAN DOSA2 KEDUA IBU BAPAKU, DAN PELIHARALAH MEREKA BERDUA SEPERTIMANA MEREKA MEMELIHARAKU SEWAKTU AKU MASIH KECIL...AMIIN, YA RABBAL AA'LAMIIN...

Friday, July 17, 2009

Rezeki...

Assalamua'laikum...
Semalam hari Khamis, adalah hari yg telah disepakati bersama dgn geng2 mekanikal yg kaki pancing utk turun mancing kat tasik poli...so semalam adalah kali ke-2 aku turun mancing dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas rezeki yg telah dikurniakannya...aku dapat seekor tilapia yg bakal menjadi santapan geng2 meki tghari ni...mat ju pun dapat seekor gak...Tapi gambar bersejarah tu xdpt nk upload lg pasai ada dlm hnset fadli junior...

Tuesday, July 14, 2009

Perkahwinan...


Assalamua'laikum...Dah beberapa hari aku x brkesempatan nk post apa2 dlm blog ni...just baca komen n any interesting article dlm kengkawan punya blog...Petang ni bila masuk opis ada majalah pree 'MILENIA' ats meja...tergerak hati nk selak apa yg menarik...Banyak article menarik antaranya mengenai budaya hiburan yang melanda umat melayu, komen mufti perak mengenai fatwa2 yg telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan article m/surat 44(korang tgok sndri k)...apa yg aku nk kongsi adalah suatu statement dari ruangan 'Pandangan Pakar' pada m/surat 46...Beliau adlh Ustazah Emi Yusmidar Md Yusuff...Ni petikan 1st paragraph beliau:"Perkahwinan adalah satu pelayaran. Pelayaran ini memerlukan nakhoda. Nakhodanya pula perlu mempunyai ilmu dan daya kepimpinan yang tinggi. Tidak semua pelayaran akan tiba ke destinasinya dengan selamat, kekadang ada ribut dan gelora dipertengahan. Di sinilah kebijaksanaan nakhoda akan teruji samada mampu menongkah arus atau hanyut bersama gelombang"...Panjang lg article ni, korang leh baca sendri dlm majalah pree tu...hehe...Dalam makna ayat seperenggan tu...InsyaAllah boleh dimuhasabah sama oleh kita samada yg dah berumahtangga atau yang bakal berumahtangga, InsyaAllah...

Thursday, July 9, 2009

Alhamdulillah...

Assalamua'laikum...
Setinggi2 kesyukuran aku panjatkan ke Hadrat Allah S.W.T di atas nikmat 'kelegaan' yang x terungkap dengan kata2, dari derita sakit gigi yang teramat sampai xleh nak tido...bini tido kat sebelah pun hanya terdaya utk ditengok je lah...huhu...Aku mmg recommend sungguh klinik gigi Dr Syed kat Taman Sena Kangar tu(area HPA Kangaq)...lemah lembut je layanan dia, siap penuh dgn senyuman lagi tu...kira dalam 20-30% gak sakit gigi hilang...hehehe...Tapi penderitaan gigi ni blum berakhir lagi sebab Dr cakap tetap kena cabut gak bila bengkak dh surut nnti...n aku nekad nk tamatkan penderitaan ni dn cuba usaha xnak sakit gigi lagi...TOBAT DAH!!!

Petang ni plak cadang2 nk cuba try test rod baru beli kat tasik poli, tapi bini aku dh bunyi2 nk pi jumpa prospek biz dia ptg ni...nampak mcm nk kena jadi bibik lagi kot petang ni...payah2 sgt aku bwk je dua2 gi mancing, tapi takut pulak si kecik tu lari pi kt tasik pasai dia ni cukup minat bab2 main ayaq ni...kat umah pantang lepa sket, pelan2 dia jalan pi bilik ayaq...kena pikiaq ni nk buat mcm mana supaya 'win-win situation' berlaku...hehehe...

Ok, Seqodar ni dulu buat kali ni...InsyaAllah ada lain2 kelapangan kita bersua lagi...

Wassalam...

Monday, July 6, 2009

Sakit Gigi.......

Assalamua'laikum........


Semalam nak tido punyala berdenyut2 gigi geraham aku...korang pun mesti penah sakit gigi kan?Agak2 best ke xbest?huhu...Masa gigi dok berdenyut2 tu lah anak buat perangai mcm2, meraung2 la...Ya Allah, bertambah sakit gigi aku...Geram gak rasa kat gigi ni, kejap sakit kejap ok...masa kat pangkor 2 minggu lepas, dia buat hal gak...lepas gi beli ubat kat farmasi sampai sploh hinggit, tetiba trus xsakit sampai abis induksi...aleh2 semalam datang balik...sekarang ni mmg rasa nk cabut je gigi geraham ni agar 'penderitaan' ni x berulang lagi...Sesungguhnya ini hanya sekelumit ujian dari Yang Maha Kuasa agar kita senantiasa bersyukur dan mengingati segala nikmatNYA...

Friday, July 3, 2009

Hmm...Tringin Pulak Nak Mancing...

Assalamua'laikum semua...Petang semalam lepas letih main takraw, tergerak hati nak pi tengok Mat Ju(JKM) dok mancing kat tasik poli...Sampai ja kat situ, terkejut tengok hasil yang dia dapat...13 EKOR TALAPIA!!!Memang teruja abis!Honestly, aku mmg dah lama minat bab2 mancing ni...penah la jugak lepas SPM dulu aku ikut member2 sekolah yang kaki pancing pi Pulau Boon Siew yang x berpenghuni tu, semata2 nak memancing...tapi aku ni just ikut seronok2 je sebab rod pun xdak...hehehe...masa tu kawan aku bwk 2 btg rod n dia bagi aku pinjam satu...Nak jadikan crita, tali sangkut kat batu2 tepi pantai, tarik punya tarik terus jammed motor dia...Berakhirlah aktiviti mancing aku sebab bukannya pandai mancing pun, pandai menjahanamkan je...huhu...So, tu je pengalaman pertama dan terakhir aku mancing sampai sekarang ni tapi kalau jumpa akhbar Joran atau majalah berkaitan mancing, mmg aku tatap sampai abis...Tu yang bila tengok peluang dari segi masa dan tempat mancing yg ada, aku rasa mcm naaaaaaaaaak sangat beli my 1st rod...InsyaAllah dalam usia sekarang, aku akan cuba sedaya-upaya supaya x lalai sampai melampau-lampau dalam bab2 mancing ni...AZAM...AZAM...Moga2 niat aku yang suci murni akan lebih mendekatkan aku dengan PENCIPTA YANG ESA...AMIN...AMIN...YA ROBBALA'LAMIIN...

Thursday, July 2, 2009

Adab Mendengar Azan


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'
Sumber: Taman2 Syurga

Assalamua'laikum...

Hari ni 1st day blog aku dilancarkan...Dulu, bila sebut je bab2 website, blog dan sewaktu dengannya, aku jadi xteruja nak buat sebab aku ni kalau bab komputer or internet ni, bleh dikategorikan 'poor user'...tapi berkat dorongan sahabat seJabatan aku, Azwe, aku rasa excited plak nk create my own blog...sebabnya satu je....dia kata just 3 steps to create our own blog...

Alhamdulillah, hari ni, Khamis, pada tanggal 2 Julai 2009, bersamaan 9 Rejab 1430H, dapat juga aku coretkan sepatah dua kata buat tatapan semua...moga2 blog ini akan menjadi suatu medan ilmiah buat kita semua dalam berkongsi ilmu terutama dalam meningkatkan kefahaman terhadap agama Islam tercinta seterusnya berjaya dalam misi seorang hamba mencapai Redho Ilahi, InsyaAllah...Wassalam...